Semasa

Rusa ekor putih di New York dijangkiti varian Omicron

NEW YORK : Varian baru koronavirus, Omicron telah dikesan pada rusa berekor putih di New York, sekali gus menimbulkan kerisauan bahawa spesies haiwan itu mungkin adalah hos bagi varian tersebut.

Menurut seorang ketua penyelidik, hampir 15 peratus daripada sampel darah dan beberapa sampel ujian calitan hidung yang diambil daripada 131 ekor rusa dari Pulau Staten di New York mengandungi antibodi virus.

Keputusan tersebut mencadangkan bahawa haiwan itu mudah terdedah kepada jangkitan semula secara berulang kali oleh varian-varian baharu serta pernah mengalami jangkitan koronavirus sebelum ini.

“Kebarangkalian bahawa ia mungkin menular dalam kalangan manusia menerusi jangkitan virus dalam populasi haiwan, namun lebih penting lagi, ia memberi lebih peluang untuk virus itu berubah menjadi varian baharu,” kata ahli mikrobiologi veterinar di Universiti Penn State, Suresh Kuchipudi.

“Ia dapat mengelakkan perlindungan daripada vaksin sedia ada apabila virus menjalani mutasi sepenuhnya. Jadi kami perlu menukar vaksin sekali lagi,” katanya.

Difahamkan, penemuan itu adalah kali pertama dikesan pada seekor haiwan liar ketika jangkitan Covid-19 di AS dilaporkan semakin berkurangan.

Jabatan Pertanian AS berkata, meskipun tiada bukti bahawa haiwan menyebarkan virus itu kepada manusia, kebanyakan jangkitan koronavirus dilaporkan berlaku dalam spesies yang mempunyai kontak rapat dengan seseorang individu yang dijangkiti Covid-19.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button