DomestikSemasa

Saifuddin Jelaskan Kes Kematian Zara Qairina Di Parlimen Isnin Ini

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan memberikan penjelasan di Dewan Rakyat pada Isnin berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Beliau berkata isu tersebut perlu diperjelas memandangkan ia banyak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen.

Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai lalu di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar.

Siasatan yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini mengambil kira unsur jenayah termasuk kesalahan buli. Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues selepas meneliti laporan siasatan polis.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin mengulas insiden serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang diheret dan dicucuk jarum suntikan oleh individu tidak dikenali di Putrajaya semalam.

“Isu ini bukan soal anak siapa, tetapi tentang tanggungjawab polis menjaga keselamatan rakyat, terutama kanak-kanak,” katanya sambil mendoakan agar mangsa dan keluarganya pulih daripada trauma.

Bernama

Related Articles

Back to top button