SemasaSukan

Terbuka India: Azeem Rangkul Emas, Danish Bawa Pulang Gangsa Acara 100 Meter

Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mempamerkan larian mantap untuk merangkul pingat emas acara 100 meter pada Kejohanan Terbuka India di Bhubaneswar, hari ini.

Bertanding di Stadium Kalinga, pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat itu menamatkan larian final dengan masa 10.35s, mengatasi pelumba Sri Lanka Chamod Yodhasinghe yang meraih perak (10.43s).

Rakan sepasukan, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, turut menghadiahkan pingat gangsa selepas mencatat 10.50s.

Terdahulu, kedua-dua atlet negara itu mara ke final apabila Azeem menjuarai saringan kedua manakala Danish berada di tempat ketiga dalam saringan masing-masing.

Kejayaan ini menambah koleksi pingat skuad olahraga negara di pentas antarabangsa, sekali gus memberi isyarat positif menjelang kejohanan akan datang.

Sumber – Bernama

Related Articles

Back to top button