PalestinSemasa

 Peneroka israel, tentera bunuh tiga rakyat Palestin di Tebing Barat

Peneroka israel bersenjata menembak mati dua rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, beberapa jam selepas tentera israel membunuh seorang remaja Palestin semasa serbuan tentera, kata pegawai.

“Kira-kira 50 peneroka, sebilangan besar daripada mereka bersenjata, menyerang penduduk kampung Khirbet al-Tawil di timur Aqraba di wilayah Nablus. Mereka melepaskan tembakan ke arah pemuda itu dan ini menyebabkan kematian dua orang pemuda dan kecederaan orang lain,” Salah Bani Jaber, Datuk Bandar Aqraba, memberitahu Reuters.

Tentera israel menghalang ambulans daripada sampai ke tempat pertempuran, kata Wafa.

Rekod Kementerian Kesihatan Palestin menunjukkan sekurang-kurangnya 460 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki telah dibunuh oleh tentera israel, atau peneroka, sejak permulaan perang israel ke atas Gaza.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button