DuniaSemasa

Angka korban gempa Turkiye-Syria melepasi 7,800 orang

KAHRAMANMARAS: Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria melepasi 7,800 orang setakat jam 6 pagi tadi.

Di Turkiye, 5,894 orang disahkan terbunuh, manakala 1,932 orang maut di Syria dengan jumlah keseluruhan 7,826 kematian.

Terdapat kebimbangan bahawa jumlah kematian akan meningkat dengan pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan angka boleh meningkat  sehingga 20,000.

Lebih 8,000 orang setakat ini telah diselamatkan di Turkiye, kata Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay. Kira-kira 380,000 orang telah berlindung di pusat perlindungan, hotel kerajaan, pusat beli-belah, stadium, masjid dan pusat komuniti.

Turkiye telah mengerahkan lebih 24,400 anggota mencari dan menyelamat ke kawasan gempa. Bilangan kakitangan dijangka meningkat dengan kedatangan orang tambahan, kata pegawai agensi pengurusan bencana Orhan Tatar.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button