DomestikSemasa

PPR Sri Johor gembira terima kunjungan MAPIM Malaysia

20 buah keluarga disantuni pihak MAPIM disertai The Helmi's dan Syafiq Liow

CHERAS :  Di sebalik hutan konkrit yang pesat membangun, tersimpan 1001 kisah duka yang tersemat di kalangan warga kota. Ada yang tidur beratapkan langit, beralaskan batu. Mempunyai rumah tetapi isi dalamnya tiada. Begitulah sukarnya kehidupan di kota raya yang tidak mengenal siapa.

Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) sekali lagi peka akan kemaslahatan ummah di sekitar Kuala Lumpur. Bertempat di Projek Perumahan Rakyat Sri Johor, hari ini khusus di beri perhatian kepada komuniti Tonghua.

Program ini mensasarkan untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib baik dan juga bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina. Rata-rata penduduk disitu tidak dapat merasakan kegembiraan Tahun Baru Cina.

Program ini turut disertai oleh Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Syafiq Liow bagi memeriahkan program ini. Kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman 20 buah keluarga yang terkesan.

Alhamdulillah Kak Ja dan Ika rasa sangat gembira bila dapat jumpa dengan penduduk-penduduk di sini. Kali terakhir kami dapat bersama dengan komuniti adalah sewaktu bencana banjir tahun lepas.

Bantuan berbentuk kotak bantuan makanan asas ini diberikan kepada 20 buah keluarga yang sangat memerlukan. Tadi ada yang kami tengok auntie tu dah tak mampu nak jalan, ada yang uncle tu hilang sebelah tangan. Masya Allah sebak je tengok mereka,

Sungguh pun sibuk dengan rutin harian, The Helmi’s juga tidak melepaskan peluang untuk bertegur sapa dengan mereka. Bagi mereka ini merupakan terapi minda dan hati selepas sibuk dengan urusan kerja.

Penerbit Radio RTM, Syafiq Liow, beliau merasakan ini adalah masa yang terbaik untuk dia kembali ke komuniti dan berbakti semula.

“Saya terpanggil untuk turut serta bersama dalam program ini kerana saya pernah berada di tempat mereka. Situasi dimana saya tiada siapa untuk berkongsi masalah.

Manusia tidak boleh hidup berseorangan. Kita mesti kena ada orang yang bersama dengan kita. Jadi kehadiran kami ke komuniti ini sedikit sebanyak dapat memberi mereka ruang untuk meluahkan apa yang terbuku di hati mereka,”

Jelas terpancar di muka-muka penduduk di sini apabila mereka berasa selesa untuk bertutur dengan seseorang yang memahami apa yang mereka rasa.

Rata-rata keluarga yang pihak MAPIM Malaysia santuni disini adalah dikalangan warga emas yang mengalami kesukaran untuk melakukan rutin harian, yang hidup berseorangan dan ada juga yang cacat anggota badan.

Sungguh pun kotak bantuan makanan asas diberikan itu tidak mampu untuk mengakhiri sengsara mereka. Ia hanya mampu meringkan beban mereka buat seketika. Ucapan terima kasih tidak terhenti di ucapkan.

————————————————————————————————————–

#365hariuntukummah

 

MAPIM MALAYSIA menjemput sahabat dermawan untuk sumbangan berbentuk kewangan dan juga barangan untuk dapat kami segera bantu salurkan kepada mangsa-mangsa banjir di 7 negeri.

 

Sumbangan kewangan boleh di infaqkan menerusi:

 

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

 

manakala

Bantuan berupa barangan seperti beras, kicap, tepung, air minuman, perkasan rumah yang baru, tilam, bantal dan lainya boleh dihantar terus ke MAPIM Central Warehouse di Sepang, Selangor dengan menghubungi talian hotline MAPIM MALAYSIA

 

1300-888-038

atau

whatapps di +60128002016

Related Articles

Back to top button