PalestinSemasa

Tentera israel berundur dari Jenin, pembantaian berakhir

JENIN: Tentera rejim israel telah menarik keluar bala tenteranya dari bandar Palestin, Jenin pada Selasa, selepas melancarkan salah operasi ketenteraan ganas terbesar mereka di Tebing Barat yang dicerobohi dalam beberapa tahun.

Dua orang saksi media Reuters mengatakan mereka melihat konvoi kenderaan ketenteraan israel meninggalkan Jenin pada waktu malam yang menandakan berakhirnya serangan israel yang bermula awal Isnin.

Seramai 12 umat Islam Palestin menjadi korban, sekurang-kurangnya 5 daripadanya adalah pejuang terbunuh.

Operasi tersebut yang kononnya bertujuan menghancurkan infrastruktur militan dan senjata di kem pelarian Jenin dilancarkan dengan serangan dron pada Isnin dengan lebih 1,000 orang tentera dikerahkan termasuk menceroboh kediaman penduduk.

Selepas mereka meninggalkan kawasan tersebut, penduduk yang telah meninggalkan kem semasa pertempuran itu mula kembali dan terpaksa diperlihatkan segala kerosakan menggunakan cahaya telefon bimbit mereka.

Kem pelarian yang padat dengan penduduk, di mana kira-kira 14,000 orang tinggal di dalam kawasan kurang daripada setengah kilometer persegi, telah menjadi salah satu titik tumpuan gelombang keganasan yang melanda Tebing Barat selama lebih setahun, mengundang kebimbangan antarabangsa yang semakin meningkat.

Doctors Without Borders mengatakan pasukan israel telah melepaskan gas pemedih mata ke hospital di mana petugas perubatan sedang bertugas.

Menurut Free Malaysia Today, pejuang Palestin daripada kumpulan militan termasuk Hamas, Jihad Islam dan Fatah telah mengukuhkan kem itu dengan halangan dan pos pemerhati untuk menentang serbuan tentera.

Bekalan elektrik dan air kekal terputus di kem dan di beberapa kawasan bandar selepas jentolak yang membajak jalan mencari bom buatan sendiri memotong kabel dan paip air utama.

Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan mereka telah memindahkan 500 keluarga dari kem tersebut, kira-kira 3,000 orang.

Jihad Hassan, 63, yang melarikan diri dari kem itu selepas anak lelakinya tercedera, mengatakan serangan dron telah memaksa dia untuk meninggalkan kawasan itu.

“Kamu tidak mendengar bunyi, kamu hanya melihat letupan. Mimpi ngeri, apabila seseorang dipaksa meninggalkan rumah mereka.”, katanya ketika menemani anak lelakinya di Hospital Kerajaan Jenin.

Kredit foto WAFA

Kira-kira 100 orang telah cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, 20 daripadanya dalam keadaan cedera serius.Jihad Islam mendakwa 4 daripada 12 yang telah maut adalah pejuangnya. Hamas menuntut korban yang kelima manakala status yang lain tidak jelas.

Pencerobohan 48 jam itu sekali lagi menunjukkan ketiadaan sebarang tanda penyelesaian politik kepada konflik selama beberapa dekad dan reaksi antarabangsa terhadap operasi ganas berkenaan.

Kredit foto PalYouth

Amerika Syarikat (AS) kononnya berkata mereka menghormati hak israel untuk ‘membela diri’ tetapi mengatakan adalah penting untuk mengelakkan korban awam.

Kesatuan Eropah berkata mereka sangat bimbang dengan situasi ini dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan kebimbangan mengenai skala tindakan ketenteraan.

Majlis Keselamatan PBB berkata mereka akan mengadakan mesyuarat tertutup seperti yang diminta oleh UAE manakala Arab Saudi dan Bahrain juga mengutuk operasi pengganas rejim israel.

Banyak perniagaan di seluruh Tebing Barat ditutup pada Selasa sebagai tindak balas kepada gesaan untuk mogok umum bagi membantah operasi itu, yang telah disifatkan oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai ‘jenayah perang’.

Kredit foto IssamRimawi

 

BACA JUGA
Pembantaian Jenin: Malaysia kutuk serangan rejim israel

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button