Covid19Dunia

Thailand kekalkan darurat sampai Januari 2021

Kawal wabak terutama cuti Tahun Baharu

BANGKOK : Thailand akan mengekalkan perintah darurat berkaitan COVID-19 sehingga pertengahan Januari depan, sebagai usaha untuk memastikan jangkitan wabak itu terkawal ketika cuti Tahun Baharu.

Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata Kabinet hari ini meluluskan lanjutan perintah darurat selama 45 hari dari 1 Dis hingga 15 Jan – lanjutannya yang kelapan dicadangkan oleh Pusat Pentadbiran bagi Situasi COVID-19 (CCSA).

Perintah darurat sekarang sepatutnya berakhir pada 30 Nov ini.

“Lanjutan perintah kali ini lebih panjang daripada lanjutan 30 hari sebelum ini kerana ia merangkumi cuti Tahun Baharu. Langkah ini diambil bagi memastikan pandemik COVID-19 terkawal,”

Perisytiharaan darurat telah diumumkan di negara itu sejak 26 Mac bagi mengawal penularan virus tersebut.

Sehingga hari ini, Thailand merekodkan 3,920 kes COVID-19 melibatkan 60 kematian.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button