Covid19Semasa

Pfizer sedia ganti AstraZeneca sebagai pembekal utama vaksin kepada negara miskin

BELGIUM : Pfizer dan BioNtech bersedia untuk menggantikan AstraZeneca sebagai pembekal utama vaksin Covid-19 kepada program COVAX global pada awal tahun 2020 dan menjadi satu anjakan yang menunjukkan peningkatan kepentingan suntikan mereka untuk negara yang lebih miskin.

Peralihan yang dijangkakan boleh menimbulkan isu bagi negara penerima yang kekurangan kapasiti penyimpanan sejuk untuk mengendalikan vaksin Pfizer, serta kemungkinan kekurangan picagari.

Setakat ini, program tersebut telah mengedarkan lebih daripada 600 juta kepada hampir 150 negara di mana 220 juta adalah penerima AstraZeneca dan kira-kira 160 juta menerima suntikan Pfizer.

Menurut anggaran Gavi dan WHO mengenai dos yang diperuntukkan oleh program COVAX untuk penghantaran masa hadapan, Pfizer akan mengambil alih pada suku pertama tahun depan.

COVAX akan menyediakan tambahan 150 juta dos Pfizer menjelang akhir Mac, menurut dokumen WHO manakala Pfizer jauh mendahului AstraZeneca dari segi vaksin “diperuntukkan”, dengan kira-kira 470 juta dos dihantar atau sedia untuk dihantar, berbanding 350 juta untuk AstraZeneca.

Pfizer ialah pembekal pertama vaksin Covid-19 kepada Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun dan mempunyai perjanjian dua hala untuk lebih 6 bilion dos untuk menjadikannya pembekal terbesar vaksin Covid-19, menurut data dari UNICEF.

Tetapi AstraZeneca telah dilihat sebagai pembekal penting kepada negara kurang maju, kerana ia lebih murah dan lebih mudah untuk diedarkan.

Pada permulaan wabak, COVAX meletakkan pertaruhan besar pada AstraZeneca, tetapi isu bekalan dan sekatan eksport daripada pengeluar terkemuka India secara beransur-ansur mengurangkan pergantungannya terhadap suntikan Anglo-Sweden

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

Related Articles

Back to top button