PUTRAJAYA: Disaat teki-teki siapa bakal mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu negara, 14 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak covid-19 bertambah sebanyak 36,609 orang.
Peningkatan kes positif covid-19 mencatatkan sebanyak 2,121 kes berbanding kelmarin, 1,633 kes sekali gus mengatasi 1,764 kes sembuh.
Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 19,511 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,969,420 kes.
Merujuk pada laman web data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,073 kes diikuti Kuala Lumpur (156), Melaka (112) dan Sabah (109).
Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Kedah (98), Kelantan (86), Sarawak (77), Perak (74), Pulau Pinang (69), Negeri Sembilan (60), Terengganu (55), Putrajaya (54), Pahang (54), Johor (31) dan Labuan (11), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, dua kes.
Ketika ini, 27,141 kes aktif direkodkan di mana 25,149 atau 92.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.
Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 1,900 (7%) kes dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 92 kes dan 58 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
BACA JUGA
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor menurun, Johor & Melaka kekal