Kuala Lumpur : Mobile Clinic MAIWP – MAPIM yang berlangsung di Dewan PAM Seksyen 10, wangsa maju mendapat sambutan di luar jangkaan untuk hari kedua pada hari ini.
Seawal jam 9 pagi lagi penduduk sudah hadir untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma. Program yang dilaksanakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dihadiri oleh penduduk setempat yang berbilang kaum dan agama.
Program yang dilaksanakan sejak jam 10 pagi itu, mencatatkan lebih 55 orang pesakit melibatkan pelbagai peringkat umur dan juga bangsa.
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 10 Wangsa Maju, Mohamed Salehudin Saidon, 70 yang menyifatkan program ini sebagai batu loncatan bagi penduduk dalam memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.
“Saya sangat berterima kasih kepada pihak MAPIM dan juga MAIWP dan sangat menghargai dengan sumbangan yang diberi dan rata-rata penduduk berpuas hati dengan layanan yang diberika oleh petugas di sini”,katanya.
Tambah beliau, program yang dilaksanakan selama dua hari ini sangat memberi peluang kepada penduduk untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
“Saja juga berharap program Mobile Clini ini dilakukan secara berterusan,kerana kebanyakan penduduk merupakan keluarga B40, dan mereka sangat memerlukan bantuan – bantuan kesihatan seperti ini.
“Kebanyakan penduduk di sekitar ini merupakan warga emas, jadi untuk mereka bergerak ke klinik-klinik kesihatan itu agak sukar, jadi dengan adanya program klinik bergerak ini dapat membantu meringankan beban mereka”,katanya.
Petugas – petugas yang membantu sepanjang program berlangsung terdiri daripada kumpulan sukarelawan MAPIM Malaysia sendiri dan dua kakitangan bahagian rawatan dan perubatan.