Semasa

Gangguan bekalan air di 394 kawasan Lembah Klang – Air Selangor

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR: Air Selangor pada pagi ini memaklumkan 3 wilayah akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10.00 pagi, 11 ogos 2022.

Tiga wilayah yang terlibat ialah Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan).

Berdasarkan kenyataan yang dibuat di media sosial rasmi Air Selangor, gangguan berlaku disebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi, 11 ogos 2022.

“Berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Karak, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur Semalam.

Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas sementara Logi Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi.”

Berikut adalah senarai penuh kawasan yang terjejas:

Pihak Pengurusan Air Selangor akan memberi bantuan alternatif melalui lori tangki yang akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis yang kritikal.

Para pengguna boleh merujuk semua saluran rasmi Air Selangor seperti Facebook, Twitter, Instagram atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan atau aduan boleh diajukan melalui talian Help Centre yang boeh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Related Articles

Back to top button