DomestikSemasa

Warga Emas Cedera Diserang Gajah di Mersing

Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun cedera di bahagian telinga selepas diserang seekor gajah di hadapan rumahnya di Kampung Wak Salam, Mersing, pada pagi semalam. Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Abdul Razak Abdullah Sani, berkata mangsa diserang ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat subuh, menyebabkan beliau terjatuh.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, dan tiada kecederaan serius dilaporkan setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button