KepenggunaanSemasa

YaPEIM lancar klinik & perniagaan mesin layan diri

PETALING JAYA: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melancarkan dua projek di bawah Koperasi SANTUN YaPEIM Berhad iaitu Klinik SANTUN dan Koperasi SANTUN Vending (KS Vending) yang dilihat mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar berkata projek KS Vending ini dianggarkan akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan dan setakat ini sebanyak 15 unit mesin layan diri itu ditempatkan di Universiti Malaya.

“Saya berharap dapat diperluaskan dalam platform bilik pameran, institusi pengajian awam dan swasta serta beberapa agensi kerajaan yang lain”.

Datuk Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

“Saya berharap Koperasi SANTUN ini akan terus dapat berinovasi menggunakan idea-idea terkini untuk memperkenalkan produk-produk baharu yang kemudiannya memberi manfaat kepada ahli-ahli kerana keuntungan kembali kepada mereka“, katanya ketika ditemui BERNAMA selepas majlis pelancaran projek itu pada Isnin.

Klinik SANTUN yang dilancarkan hari ini itu juga, telah membuka cawangan pertamanya di Jalan Reko, Kajang dan telah mula beroperasi sejak Januari lepas.

Kedua-dua projek berkenaan adalah salah satu daripada kejayaan oleh anak-anak asnaf yang pernah menerima bantuan daripada YaPEIM iaitu anak-anak SANTUN yang merupakan sebahagian daripada peserta program kebajikan yayasan itu.

Dalam pada itu, Dr Haji Mohd Na’im turut meluahkan rasa bangga kerana pada hari ini anak-anak asnaf yang telah disantuni oleh YaPEIM berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan kini mereka pula yang membantu ibu bapa masing-masing.

“Suatu masa dahulu ibu bapa mereka ini menerima zakat, tetapi Alhamdulillah mereka yang dilatih dan diberi ilmu keusahawanan akhirnya dapat bangunkan perniagaan masing-masing keluar daripada kemiskinan dan kemudian ini mereka pula menjadi pembayar zakat”, katanya.

Selain itu, Koperasi SANTUN juga mempunyai sebuah farmasi, Farmasi SANTUN yang terletak di Guar Chempedak, Kedah namun berpindah ke Puncak Jalil, Selangor dan telah memulakan operasinya pada Jun lepas.

BACA JUGA
Bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM satu inovasi yang terbaik

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button