RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan Al-Quran dan menuntut tindakan segera bagi menghentikan perbuatan ekstremis yang menyinggung perasaan umat Islam, lapor Xinhua.
Dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatan dari Sweden, Tobias Billstrom, pada Jumaat, Menteri Luar Arab Saudi itu berkata bahawa pembakaran Al-Quran mencetuskan kebencian agama dan menjejaskan dialog.
Billstrom berkata Sweden turut mengecam perbuatan membakar Al-Quran itu.
Sweden’s image at risk due to Quran burnings, says Foreign Minister Tobias Billstrom https://t.co/6T6BLgq87O pic.twitter.com/B8AMmqMHJG
— Anadolu English (@anadoluagency) July 27, 2023
Diplomat Sweden itu turut menyuarakan kesedihan terhadap eksploitasi secara terang-terangan yang dilakukan sesetengah pihak terhadap perlembagaan Sweden.
“Sweden akan berusaha mengambil langkah sewajarnya untuk menamatkan semua tindakan keganasan dan mencemarkan agama serta kitab suci“, katanya.
Beberapa kejadian mencemarkan Al-Quran berlaku di Sweden pada tahun ini.
Pada 28 Jun, seorang pelarian Iraq membakar naskhah Al-Quran di luar masjid Stockholm dan pada 20 Julai dia bertindak memijak Al-Quran di hadapan kedutaan Iraq di Stockholm.
BACA JUGA
Islamofobia: Dengan berselawat, akan selesai semua masalah