
Syria : Banjir besar yang melanda Malaysia pada Disember lepas di kawasan yang tidak terduga benar-benar mengejutkan sehingga melarikan tumpuan kita pada bencana-bencana lain yang terjadi kepada umat Islam di penjuru lain dunia.
Antaranya adalah banjir di kem pelarian di Syria pada Disember lepas. Ketika itu Syria berada dalam musim sejuk yang dingin, kemudian dilanda pula banjir yang memusnahkan sisa-sisa harta benda yang mereka ada di dalam khemah yang uzur.
Ia memberi kesan kepada ratusan keluarga di khemah pelarian yang sudah sedia sukar hidup mereka.
Apabila banjir surut, masalah mereka tidak selesai kerana perlu pula menghadapi lumpur yang tidak tahu hendak dibuang ke mana. Ia akhirnya memberi kesan kepada soal kebersihan dan kesihatan penghuni khemah.
Antara adalah kanak-kanak perempuan yang bernama Salaha. Dahulu dia dan keluarganya menetap aman di selatan Allepo, sehinggalah tentera rejim Asad dengan bantuan jet Russia mengebom dan menguasai selatan Allepo.
Mereka terpakda berpindah dengan sehelai sepinggang ke kem pelarian yang kini hanya ada lumpur dan kesejukan. Harapan untuk mendapatkan hidup yang lebih selesa dan aman mula samar-samar.
Malak pula, anak perempuan yang baru berumur lima tahun terpaksa membantu keluarganya membersihkan khemah dan membaikinya bagi menghalang air daripada kembali memasuki khemah.
Semuanya terpaksa mereka hadapi tanpa bantuan kerajaan dan hanya mengharapkan ehsan orang ramai dan bantuan NGO yang juga terhad.
– twitter, The White Helmets.


