Kanak-kanak Palestin yang dibebaskan daripada tahanan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki berdepan cabaran besar untuk kembali ke kehidupan asal ekoran trauma, gangguan kesihatan mental, serta ketakutan berterusan akan ditangkap semula.
Data Perkhidmatan Penjara Israel menunjukkan sehingga Mac 2026, seramai 191 kanak-kanak bawah umur Palestin ditahan di bawah tahanan pentadbiran (administrative detention) tanpa pertuduhan atau perbicaraan—angka tertinggi pernah direkodkan sejak pemantauan bermula pada 2008.
Penderitaan Mental dan Gangguan Sosial
-
Ancaman Ketakutan Berterusan: Ahmad (19 tahun), yang ditahan pada usia 16 tahun dan dikurung selama 15 bulan, mendedahkan bahawa dia terpaksa melarikan diri setiap kali tentera Israel memasuki kawasannya kerana trauma menghadapi kesusahan dan penyeksaan di dalam penjara.
-
Kesan Tahanan Jangka Pendek: Adik-beradik Omar (13 tahun) dan Faisal (14 tahun) yang hanya ditahan selama lima hari di Penjara Megiddo mengalami insomnia, dipulaukan rakan-rakan, serta kehilangan pekerjaan berikutan majikan takut premis mereka menjadi sasaran serbuan tentera.
-
Kecederaan Fizikal & Trauma: Omar mengalami kesakitan berterusan di kepala akibat dihentak dengan dipul dipukul menggunakan udi senapang sebelum dimasukkan ke penjara, manakala Ahmad menderita penyakit kudis selama empat bulan tanpa sebarang rawatan perubatan.
Sistem Tahanan Tentera terhadap Kanak-kanak
-
Statistik Penahanan: Menurut Pusat Advokasi Banduan Palestin, kira-kira 370 kanak-kanak ditahan di penjara Israel seperti Megiddo dan Ofer sehingga Ogos, dengan 276 penahanan berlaku dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2026 sahaja.
-
Pencabulan Hak Kanak-kanak: Laporan UNICEF merumuskan bahawa layan buruk terhadap kanak-kanak Palestin di bawah sistem mahkamah tentera Israel adalah meluas, sistematik, dan terinstitusi, bertentangan dengan Perkara 37 Konvensyen Hak Kanak-Kanak PBB.
-
Ketidakpastian Masa Depan: Kebanyakan anak muda Palestin yang dibebaskan tidak menerima sebarang sokongan psikologi atau kaunseling, menyebabkan mereka sentiasa berada dalam ketakutan dan berhasrat untuk meninggalkan tanah air demi mencari keselamatan.
SUMBER: TRT World







