DuniaSyria

Empat kanak-kanak Syria maut dalam serangan rejim Assad

DAMSYIK : Serangan rejim Assad terhadap sebuah perkampungan di barat laut Syria telah mengorbankan empat kanak-kanak yang sedang dalam perjalanan ke sekolah.

Kampung Maaret Al Naasan yang terletak di wilayah Idlib yang mempunyai tiga juta penduduk telah menjadi sasaran serangan tersebut, menurut aktivis.

Pengetua di sekolah Al Amal, Haji Ahmed, memaklumkan kejadian yang berlau kira-kira jam 11.15 pagi itu menyaksikan dua daripada kanak-kanak terbunuh itu adalah murid tahun lapan manakala dua lagi merupakan seorang murid tahun tujuh dan murid tahun sembilan, lapor The National.

“Mereka dalam perjalanan untuk memulakan hari persekolahan dan bedilan melanda kawasan kami,” katanya sambil menjelaskan kanak-kanak lelaki itu terbunuh kira-kira 50 meter dari sekolah.

Dalam pada itu, terdapat tanda agensi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) yang masih berada di atas tanah beberapa lama selepas tembakan, menurut agensi berita asing.

Sementara itu jurucakap Unicef, Juliette Touma mengecam sekeras-kerasnya serangan itu dan menganggap ia adalah satu peringatan yang jelas bahawa jenayah perang terhadap kanak-kanak yang berterusan.

“Setiap kanak-kanak di Syria, di mana sahaja mereka berada, mempunyai hak untuk pergi ke sekolah dengan selamat,” kata Touma.

-AGENSI


*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button