Covid19
FDA percepat kelulusan kecemasan vaksin Pfizer
Vaksin dijangka mula digunakan beberapa hari lagi

WASHINGTON : Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengumumkan akan meneruskan kelulusan kecemasan buat vaksin Pfizer Biontech.
Agensi itu akan mempercepatkan kelulusan dari pihak Setiausaha Kesihatan, Alex Azar.
Khamis lalu, pakar perubatan menyarankan supaya FDA meluluskan penggunaan vaksin Pfizer.
Ia merumuskan manfaat vaksin berkenaan adalah lebih besar berbanding risikonya.
FDA dalam pada itu sudah memaklumkan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit berhubung proses kelulusan vaksin.
Ini bagi membolehkan agensi berkenaan merangka pelan pengedaran vaksin.
Vaksin keluaran Pfizer sudah diluluskan di UK, Kanada, Bahrain dan Arab Saudi.- AGENSI