Covid19DuniaSemasa

Varian Omicron baharu, B.A.2.75 dilaporkan lebih ‘kebal’

AMSTERDAM : Satu lagi varian Omicron dilaporkan oleh pakar virologi bakal muncul yang didakwa menular dengan lebih pantas selepas Belanda menjadi negara terbaharu mengesan subvarian tersebut yang digelar ‘Centaurus’.

Menurut Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda, sebahagian saintis khuatir jika ‘Centaurus’ atau subvarian B.A.2.75 tersebut ‘lebih kebal’ hingga menjejaskan keberkesanan vaksin sedia ada.

Namun, masih belum terdapat bukti jelas ia menyebabkan penyakit lebih serius berbanding versi asal Omicron.

“Masih belum ramai yang mengetahui tentang varian tersebut meskipun ia dipercayai dapat menembusi ‘pertahanan’ sedia ada terhadap SARS-CoV-2 menerusi perubahan kecil dan spesifik,” katanya.

Pengarah Institut Kesihatan Global di Universiti Geneva, Antoine Flahault berkata, penularannya di India menunjukkan kebarangkalian ia lebih mudah merebak berbanding subvarian BA.5 yang telah menjadi penyumbang gelombang kes jangkitan di Eropah dan AS.

Subvarian, BA.2.75 pertama kali dikesan di India pada Mei lalu dan telah merebak ke kira-kira 10 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Jerman dan Australia.

Pada 7 Julai lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) mentakrifkan ia sebagai ‘varian dalam pemantauan’, mungkin lebih mudah berjangkit atau dikaitkan dengan penyakit lebih teruk, namun belum ada bukti kukuh dapat menyokongnya.

Related Articles

Back to top button