DuniaPalestinSemasa

Israel lancar serangan roket ke Gaza, 10 maut termasuk kanak-kanak, komander pejuang Palestin

GAZA : Serangan tentera Israel ke atas Gaza hari ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh nyawa termasuk seorang kanak-kanak dan komander kumpulan pejuang Palestin.

Menurut laporan agensi WAFA memetik pegawai kesihatan tempatan mereka berkata seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Alaa Qaddum merupakan antara yang terkorban manakala 55 lagi mengalami kecederaan dalam serangan tersebut.

Tentera Israel mendakwa serangan itu menyasarkan kumpulan pejuang Palestin, Saraya Al-Quds di Jenin, Tebing Barat sekali gus menyaksikan mereka berikrar akan melakukan serangan balas ke atas operasi Zionis di Gaza.

Sementara itu, komander kanan kumpulan terbabit, Tayseer al-Jaabari turut terbunuh dalam serangan berkenaan yang dilaporkan mengenai beberapa sasaran di sekitar kawasan kejiranan Al-Rimal.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas ketegangan kian memuncak berikutan penahanan pemimpin kanan Jihad Islam Palestin, Bassam al-Saadi, dalam serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat.

Rejim Zionis turut menutup semua lintasan Gaza dan beberapa laluan berhampiran kerana bimbang akan serangan balas daripada kumpulan itu yang mempunyai kubu kuat di Gaza.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button