Mahasiswa kemuka tujuh tuntutan kepada Kementerian Pengajian Tinggi
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
KUALA LUMPUR : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyuarakan tujuh tuntutan mewakili suara-suara mahasiswa kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selaras dengan pembentukan kabinet baharu.
Presiden GAMIS, Muhammad Arif Hakimi berkata mahasiswa menyambut baik komitmen kerajaan untuk melibatkan anak muda dalam agenda pemulihan negara.
“Tuntutan pertama ialah menuntut KPT mengeluarkan garis panduan atau SOP yang jelas dan segera kepada mahasiswa bagi membolehkan mereka membuat persediaan sebelum bermulanya semester.
“Kedua, kemudahan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ kepada mahasiswa di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdekatan atau di beberapa buah universiti yang boleh digunakan sebelum semester baharu bermula.
“Ketiga, menuntut pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan penggunaan kemudahan fasiliti seperti kafe beroperasi sehingga 10 malam, turut membenarkan aktiviti riadah berjalan di kampus.
“Keempat, pembayaran PTPTN ditangguhkan selama enam bulan terutama kepada golongan B40 dan M40.
“Kelima, bantuan secara One-off sebanyak RM250 dikembalikan.” katanya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu juga, Arif menekankan agar KPT dan pihak universiti dan industri menyediakan pelan solusi yang komprehensif bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Mengulas lanjut, tuntutan akhir yang dikemukakan presiden mahasiswa ialah meminta kementerian bersama pihak universiti memantau dan menguruskan masalah mental dan sosial mahasiswa.
“GAMIS mengharapakan kerajaan yang baharu memandang perkara ini secara serius dan mengambil tanggungjawab untuk memastikan kebajikan mahasiswa terbela.” ujarnya.
Oleh Nurshazlin Shahrom