BanjirDomestikSemasa

Mangsa banjir di Johor hanya 309 sahaja

JOHOR BAHRU: Hanya 309 orang daripada 89 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang mencatatkan jumlah mangsa banjir semakin berkurangan apabila setakat jam 8 pagi tadi.

Berbanding jam 8 malam tadi, seramai 504 mangsa daripada 152 keluarga ditempatkan di 14 PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata ketika ini hanya tiga daerah masih terjejas dengan lima PPS di daerah Muar sudah ditutup jam 6 petang semalam.

Katanya, lima PPS itu adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kepong, SK Lenga dan Sekolah Agama Lenga, Muar.

“Dewan Serbaguna Felcra Bukit Kepong dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Lenga, Muar juga turut ditutup. Muar semakin pulih apabila kini terdapat 122 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di sebuah PPS pagi ini berbanding 317 mangsa daripada 96 keluarga ditempatkan di enam PPS malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dua daerah masih kekal dengan jumlah yang sama pada pagi ini dan malam tadi, iaitu Segamat seramai 175 mangsa daripada 53 keluarga di tujuh PPS, selain Tangkak dengan 12 mangsa daripada tiga keluarga di sebuah PPS.

“Sehingga kini, hanya satu jalan yang masih ditutup bagi semua jenis kenderaan iaitu di Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi,” katanya.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button