DuniaSemasa

Naib Canselor UTM, rakyat Malaysia pertama terima Hadiah Mustafa

KUALA LUMPUR: Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ahmad Fauzi Ismail telah dianugerahkan Hadiah Mustafa 2023, anugerah dwitahunan berprestij bagi meraikan pencapaian luar biasa cendekiawan dan saintis Muslim yang dianjurkan sejak 2015.

Menurut UTM dalam kenyataan, pencapaian itu amat bersejarah dan bermakna memandangkan Ahmad Fauzi merupakan rakyat Malaysia pertama dan warga rantau Asia Tenggara kedua dinobatkan sebagai penerima Hadiah Mustafa.

Ahmad Fauzi kini sebaris dengan cendekiawan terkemuka termasuk Prof Samia J. Khoury dari Lebanon dan Prof Murat Uysal dari Turkiye dalam kategori cendekiawan daripada negara Islam.

“Pengiktirafan terhadap Prof. Ahmad Fauzi adalah berdasarkan sumbangan besar beliau dalam penyelidikan teknologi membran dan penggunaan yang pelbagai. Impak kajian beliau menjangkau secara global, menerusi janji temu lawatan di institusi berprestij termasuk Imperial College London, Tokyo University dan Kyoto University.”
“Peranan pentingnya dalam menubuhkan Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (AMTEC) di UTM telah meletakkan beliau sebagai tokoh peneraju dalam sains dan teknologi membran seluruh dunia,” menurut kenyataan itu.

Majlis anugerah itu di Isfahan, Iran, menampilkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan 150 ahli akademik dan saintis terkemuka dunia Islam.

SUMBER: AWANI

Related Articles

Back to top button