DuniaSemasa

Pasukan SAR Malaysia menemukan 39 mangsa gempa

KUALA LUMPUR : Pasukan penyelamatan Malaysia bagi Misi Bantuan Mencari dan Menyelamat (SAR) Turkiye telah menemukan seramai 39 mangsa gempa bumi sepanjang lapan operasi dijalankan di Gaziantep, Turkiye.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), daripada 39 mangsa yang ditemukan, lima daripadanya masih hidup manakala selebihnya telah meninggal dunia.
“Seramai 143 orang pegawai daripada Malaysia yang menyertai Ops SAR Turkiye pada kali ini termasuk tiga pengamal media.”
Kenyataan itu turut menyebut, kesemua pegawai ditempatkan di Base Camp, Nurdagi Stadium, Gaziantep, Turkiye.
“Kesemua 36 pegawai JBPM berada dalam keadaan yang sihat dan baik malah cuaca juga cerah dengan suhu 4 darjah Celsius,” tambah kenyataan itu lagi.
Wisma Putra memaklumkan pada Isnin lalu bahawa Malaysia telah menghantar 142 anggota penyelamat dan dua ekor anjing pengesan (K9) bagi menyertai misi SAR mangsa gempa bumi di Turkiye, sekali gus menjadi pasukan operasi pertama dari negara ASEAN yang tiba di negara itu.
Pasukan itu diketuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang turut disertai SMART, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), JBPM dan APM itu antara yang terawal sampai di tapak bencana di Gaziantep.
Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin minggu lalu meragut ribuan nyawa.
Jumlah kematian akibat gempa bumi melepasi 37,000. Pihak berkuasa Turkiye berkata 31,643 orang telah terbunuh di negara itu, manakala lebih 5,800 orang mati di Syria, menurut PBB dan kerajaan Syria.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button