Sukan

Datuk Nicol dinobat Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Juara dunia sebanyak lapan kali itu, unggul sebagai pendahulu sejak hari pertama undian

KUALA LUMPUR: Bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dengan meraih undi majoriti dalam undian dalam talian yang ditutup pada jam 9 malam tadi.
Sebagai calon tunggal Asia, juara dunia sebanyak lapan kali itu, ternyata unggul sebagai pendahulu sejak hari pertama undian dibuka pada 8 Januari lalu apabila menerima 318, 943 undi, kelebihan 200,000 undi daripada pencabar terdekat.
Memetik BERNAMA, ketika memberikan reaksi pengiktirafan itu Datuk Nicol David berharap sukan skuasy terus diberi perhatian oleh dunia.
“Ia adalah satu penghormatan buat diri saya apabila dicalonkan untuk anugerah ini dan menerima sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia serta komuniti skuasy. Ia agak mengejutkan melihat diri saya disenaraikan bersama atlet terkemuka dunia yang lain dan saya bersyukur untuk anugerah ini. Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan perhatian dunia terhadap sukan skuasy. Ini adalah saat yang membanggakan untuk mewakili negara saya dan Asia,” – Bekas ratu skuasy negara / Datuk Nicol Ann David 
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui laman facebook ramsi beliau, turut mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara itu, yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.
Berkongsi rasa bangga bersama seluruh rakyat Malaysia atas kejayaan juara dunia sebanyak lapan kali berkenaan, Perdana Menteri berkata ia membuktikan sumbangan, keringat dan aksinya selama ini terus diperhatikan dunia walaupun beliau telah menggantung raket.
Dalam perkembangan sama, Presiden Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA), Jose Perurena melayu https://www.theworldgames.org/ mengucapkan tahniah kepada para calon sambil menambah Nicol bertindak sebagai inspirasi dan teladan yang baik kepada atlet muda.
“Saingan ini adalah luar biasa dan bagus untuk melihat bagaimana atlet mendapat sokongan bukan sahaja dari sukan mereka sendiri tetapi juga negara mereka dan pihak berkuasa sukan di sana. Sukan benar-benar menyatukan rakyat dengan cara yang istimewa,” – Presiden Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) /  Jose Perurena
Presiden Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) Zena Wooldridge pula berkata kejayaan Nicol adalah pengiktirafan terhadap karier luar biasa yang menyaksikannya mencipta pelbagai rekod dan memenangi semua gelaran yang ditawarkan dalam sukan itu.
– oleh Wartawan Zul Fikre Ali ( Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button