InspirasiSemasa

Perak mahu jadikan Julea Qiestyna ‘Ikon Pengajian Tinggi’

SERI ISKANDAR: Kerajaan negeri bercadang menjadikan penuntut Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Julea Qiestyna Abu Zar, 19, sebagai ‘Ikon Pengajian Tinggi’ bagi membakar semangat golongan muda untuk terus berusaha mencipta kejayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Haji Abu Hanipah berkata kejayaan Julea Qiestyna melakar sejarah memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia bagi peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1) harus menjadi inspirasi kepada pelajar lain.

Kejayaan beliau (Julea Qiestyna) harus dicontohi golongan muda terutama semangatnya yang tidak mudah mengalah ketika mahu mencapai matlamat dan inilah yang dilakukan beliau.

“Kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian beliau dan UiTM khususnya kerana dapat melahirkan pelajar yang bakal menjadi akauntan masa depan malah kejayaan ini perlu diraikan bersama”, katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan Julea Qiestyna di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Haji Abu Hanipah sewaktu ditemubual wartawan

Hadir sama Rektor UiTM Cawangan Perak Prof Madya Dr Nur Hisham Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini turut menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna dan Danish Zafran Bazam, kerana berjaya meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Anak sulung daripada empat beradik itu turut bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan apabila tamat pengajiannya kelak dan menjadikan ibunya yang juga seorang akauntan sebagai sumber inspirasi.

Julea Qiestyna Abu Zar sewaktu ditemubual wartawan

“Ibu saya tidak pernah menyuruh saya menjadi akauntan. Ketika di sekolah menengah, saya pelajar aliran sains tulen, namun saya meminati matematik maka saya lanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan”.

“Memang ada cabaran belajar dalam perakaunan ini namun apa yang penting adalah sesi pembelajaran dalam kelas kemudian membuat ulang kaji, latihan dan sering bertanya”, katanya.

BACA JUGA
Markah pelajar perakaunan UiTM ke-2 tertinggi dunia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button