PalestinSemasa

Regim Israel Menembak dan Bulldozed Jasad Pemuda Gaza

Kisah bermula apabila dua orang pemuda Palestin cuba menyusup ke kawasan musuh, di sempadan tanah ‘Israel’ dengan Khan Yunus di Selatan Gaza, pagi tadi. Salah seorangnya ditembak dan syahid di tempat kejadian, dan penduduk mula berkumpul dan cuba untuk menyelamatkannya.

Jentolak penjajah masuk ke kawasan Palestin dengan tujuan mengambil jenazah dan dibawa ke Israel!

Pemuda yang cuba menyelamatkan jenazah dilanggar jentolak dan juga cedera. Penduduk terpaksa lari menyelamatkan diri, lebih-lebih lagi apabila kereta kebal musuh juga masuk menceroboh.

Jentolak mengaut jenazah syahid dan membawanya pergi dalam keadaan tergantung!

Sejauh mana lagi maruah ummah ini harus dipijak!!

Sebarkan, agar seluruh pelosok negara mengenali kebiadapan musuh, dan supaya tiada lagi yang berani berasmara dan berdondang-sayang membela penjajah ini demi keuntungan dunia!!

Laporan oleh Nadir Al-Nuri
PALM Strategic (Gaza)

Video Berita oleh Media MAPIM
Wisma MAPIM Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button