Covid19Semasa

COVID-19 : 8,075 kes jangkitan baharu

PUTRAJAYA: Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan mencatatkan 8,075 kes baharu dilaporkan hari ini.

Menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 2,285,640 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka iaitu Sarawak dengan 1,189 kes dan Kelantan (1,020).

Sementara itu, Pulau Pinang merekodkan 853 kes baharu, Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628), Perak (548), dan Pahang (522).

Turut mencatatkan pertambahan kes ialah Melaka dengan 219 kes, Kuala Lumpur (151), Negeri Sembilan (108), Perlis (36), Putrajaya (19) dan Labuan (dua).

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button