Semasa

Institut latihan memandu dibenar beroperasi esok

PUTRAJAYA : Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi mulai esok semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) seacra janji temu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata walaupun ILP dibenarkan beroperasi, proses pengujian untuk mendapatkan lesen memandu berkaitan hanya akan bermula pada 17 Sept.

http://

“Ini bagi membolehkan institut memandu jan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan isu-isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wee berkata kebenaran yang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselematan Negara (MKN) itu adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP_ PPN berfasa yang berkuat kuasa.

Beliau berkata pekerja, tenaga pengajar dan calon perlu lengkap menerima vaksin Covid-19 dengna mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 dan kad pengenalan manakala institut pula hanya dibenarkan beroperasi dengna kapasiti pekerja berdasarkan peratusan pekerja yang telah lengkap menerima vaksin.

“Sekiranya 40 peratus pekerja ILP telah lengkap menerima vaksin, institut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja. Jika 60 peratus lengkap divaksin, institut boleh beroperasi dengan 80 peratus pekerja.

Dalam pada itu, syarikat juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% sekiranya 80% pekerja lengkap menerima vaksin.

Kehadiran mana-mana kakitangan/calon yang bergejala, sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ‘Person Under Surveillance’ (PUS) dan sedang dalam Perintah Kuarantin adalah tidak dibenarkan.

Tambahnya, semua kakitangan harus mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka dan penyediaan pensanitasi tangan.

Memahami dan prihatin dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pengendali institut memandu akibat pandemik Covid-19, Wee berkata Kementerian Pengangkutan memutuskan pemberian moratorium selama tiga bulan iaitu hingga 30 Nov ini bagi keperluan pembaharuan permit institut memandu yang tempoh sah laku permitnya tamat antara Januari hingga September 2021.

Beliau turut berharap dengan pengoperasian semula ILP ini dapat memeberi kelegaan kepada para pengusaha ILP atau institut memandu, tenaga pengajar dan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan berkaitan.

Sementara itu, Wee mengingatkan bahawa sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Oleh Hafeez Anuar

 

 

Related Articles

Back to top button