DuniaSemasa

Banjir Libya : 10 peratus daripada mangsa yang terkorban adalah imigran

Imigran membentuk kira-kira 10% daripada mangsa korban banjir yang melanda Libya seminggu lalu, Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) memberitahu BBC News.

Libya sangat popular dengan imigran. Menurut data daripada IOM, yang merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 706,000 pendatang tinggal di negara Afrika Utara itu pada Februari 2023.

Ada yang tinggal dan bekerja di Libya untuk jangka masa panjang, manakala yang lain menggunakannya sebagai titik transit untuk sampai ke Eropah.

IOM difahamkan empat ratus telah direkodkan meninggal dunia akibat banjir sehingga setakat ini.
IOM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia memaklumkan jumlah mangsa korban yang disahkan iaitu 3,900 orang. Walau bagaimanapun, metodologi berbeza telah memberikan statistik yang berbeza-beza, contohnya, Datuk Bandar Libya Derna menganggarkan lebih daripada 20,000 orang meninggal dunia.

Derna adalah kota yang paling teruk dilanda banjir. Dua empangan pecah di tengah-tengah hujan lebat dan kawasan bandar itu ditenggelami air.

Kira-kira 10,000 imigran tinggal di bandar pelabuhan sebelum banjir, dan IOM “menjangkakan angka kematian imigran akan menjadi sangat tinggi, memandangkan mereka telah menetap di kawasan yang sangat rendah,” kata pengarah kecemasan IOM, Federico Soda.

SUMBER : BBC

Related Articles

Back to top button