DuniaSemasa

Anwar Ucap Tahniah Kepada Perdana Menteri Thailand Baharu Anutin Charnvirakul

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand yang baharu, Anutin Charnvirakul.

Ucapan itu disampaikan Anwar menerusi panggilan telefon pada lewat petang, menurut hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

“Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama saya sewaktu susah dan senang. Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala, perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN,” katanya.

Menurut Anwar, Anutin memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah jawatannya akan berlangsung dalam tempoh seminggu, dan beliau menantikan peluang untuk bertemu Anwar selepas itu.

Anutin, 58, yang mengetuai parti Bhumjaithai, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 selepas menerima perkenan diraja, sekali gus menandakan permulaan baharu dalam kepimpinan politik negara jiran itu.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button