PalestinSemasa

Dina Jaradat yang dibiarkan kritikal di penjara Israel akhirnya mendapat rawatan

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

RAMALLAH: Dina Jaradat, seorang wanita muda Palestin dalam tahanan Israel yang menghidap penyakit Hidrosefalus akhirnya dipindahkan ke hospital pada Ahad selepas keadaannya semakin merosok akibat kecuaian anggota perubatan Israel terhadapnya.

kredit foto Twitter @PalestineRespon

Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mengatakan bahawa Dina terpaksa dipindahkan dari Penjara Damon berhampiran Haifa ke Pusat Kesihatan Ramban kerana kesihatannya yang memerlukan penyingkiran cecair di bahagian otak.

Kumpulan tersebut mengatakan bahawa pihak Israel dengan kejam tidak memberikan rawatan kepada Dina semasa disoal siasat selama 15 hari bulan lalu di Pusat Soal siasat Al-Jalama pada bulan lalu walaupun berulang kali memohon rawatan berkenaan.

Dina yang merupakan mahasiswa Media dari Universiti Awam al-Quds telah ditangkap oleh rejim Israel dalam serbuan di rumah keluarganya di Tebing Barat pada 7 Ogos lalu.

krediti foto Twitter @
@weareallmary

Daripada 4500 pejuang kemerdekaan Palestin yang dipenjarakan oleh Israel, terdapat kira-kira 32 orang pejuang kebebasan wanita telah ditahan di Penjara Israel Damon, berdasarkan kepada laporan PPS.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button