PalestinSemasa

Dua buah lagi rumah penduduk Palestin dirobohkan di Jericho

JERICHO: Pasukan pendudukan israel merobohkan dua rumah milik Palestin, di timur bandar Jericho, Tebing Barat yang diduduki daripada berpuluh-puluh rumah yang telah dijadualkan untuk dirobohkan di kawasan yang sama dengan alasan pembinaan di Kawasan C iaitu atas kawalan tentera israel sepenuhnya.

Wartawan WAFA melaporkan, tentera israel merobohkan rumah dua tingkat dengan keluasan 220 meter persegi milik penduduk tempatan yang masih dalam peringkat pembinaan, dan rumah kedua siap sepenuhnya milik penduduk lain.

Seorang pemilik tanah Palestin menangis ketika melihat rumahnya dirobohkan oleh jentolak israel di bandar Jericho, Tebing Barat yang diduduki.

Saya meletakkan semua simpanan hidup saya untuk membinanya”, kata Amer Qureshi apabila rumahnya dirobohkan israel.

Pihak berkuasa pendudukan telah menghantar notis perobohan kepada 13 rumah lain di kawasan yang sama manakala telah memaklumkan kepada 67 pemilik rumah lain untuk membetulkan status mereka dengan mendapatkan permit kerana rumah yang dibina itu berada di Kawasan C, dan akan dirobohkan.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button