InspirasiSemasa

Jasa Tan Sri P.Ramlee terus dihargai melalui Anugerah World Muslimpreneur

KUALA LUMPUR: Sazali P. Ramlee, 64, antara waris seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diraikan dalam majlis Anugerah World Muslimpreneur yang berlangsung pada Sabtu bertempat di Hotel The St. Regist, KL.

Beliau menerima trofi, sijil penghargaan dan cek bernilai RM5,000 yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam Haji Mohd Ali dan disaksikan oleh 34
penerima anugerah Usahawan Muslim bersama ratusan tetamu yang hadir.

“Saya rasa gembira dan sangat terharu, terima kasih banyak kepada Tun dan pihak sekretariat yang masih kenang jasa bapa saya. Saya tak sangka nama saya disebut malam ini dan karya arwah bapa saya terus diingati sehingga kini,” ucap Sazali ketika ditemubual Ummah Today selepas menerima sumbangan tersebut.

“Saya tinggal di Semenyih dan terpaksa ulang-alik ke hospital untuk rawatan. Saya sebelum ini bekerja dengan sebuah syarikat pelupusan dan pada tahun 2012 saya mengalami kemalangan di Pekan Semenyih yang menyebabkan saya hilang sumber pekerjaan. Syukur Alhamdulillah, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor meluluskan permohonan bantuan secara bulanan untuk saya meneruskan kelangsungan hidup,” cerita beliau mengenangkan nasib yang menimpa dirinya yang hidup berdua dengan isteri.

Majlis Anugerah World Muslimpreneur 2022 dianjurkan bagi mengiktiraf, meraikan serta menghargai usahawan serta jenama milik perniagaan Muslim di Malaysia.

Kredit foto Adam Kasim

Turut menerima Anugerah Jasa Bakti pada malam tadi adalah Pakar Kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Anugerah dianjurkan oleh Sekretariat World Muslimpreneur dengan kerjasama KNKV Group, IKON Malaysia serta Pertubuhan Pengarah-Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD), manakala SIRIM Berhad dan ToyyibPay sebagai Rakan Strategik serta diuruskan oleh Eventopedia dan Empower Event.

World Muslimpreneur turut di sokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

BACA JUGA
MAPIM Rangers redah banjir di Mersing demi bantu ummah

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button