Covid19

Kelantan ikut kumpulan 6 negeri jalani PKP hingga 26 Januari

Sejak 10 hari lalu kes meningkat 80 - 100 kes sehari

KUALA LUMPUR: Setelah mengumumkan enam negeri di Semenanjung yang perlu melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan PKP pada Isnin lalu, semalam kerajaan bersetuju satu lagi negeri melalui perintah yang sama  iaitu Kelantan.
Negeri Pantai Timur itu menjalani PKP bermula hari ini sehingga 26 Januari depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diputusakan oleh kerajaan atas nasihat dan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan peningkatan kes yang ketara di negeri itu sejak 14 hari yang lalu.
“KKM melaporkan berlaku peningkatan kes mendadak kluster dalam komuniti seluruh Kelantan ketika ini. Sehingga 14 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif direkodkan di Kelantan.  Sejak 10 Januari, purata kes harian meningkat sekitar 80 hingga 100 kes sehari manakala kes aktif turut meningkat mendadak daripada 328 kepada 891 kes,” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 
Menurut Datuk Ismail Sabri, KKM turut mengesahkan 90 peratus daerah di negeri itu kini dalam zon merah dan jingga.
Katanya, semua garis panduan dan SOP berkait arahan PKP yang diumumkan sebelum ini adalah terpakai.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button