KUALA TERENGGANU : Jenazah Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu pukul 10.40 pagi tadi.
Allahyarham bekas Ketua Hakim Negara berusia 92 tahun, meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi tadi.
Anak Allahyarham, Natlrah ketika dihubungi Bernama mengesahkan Mohamed Salleh, 92, meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu,” katanya.
“Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya.
Allahyarham dirawat di ICU hospital berkenaan selepas disahkan positif Covid-19 pada 14 Jan lalu.
– BERNAMA