DUBAI : Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytiharkan kaligrafi Arab sebagai senarai Budaya Tidak Ketara..
Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan di Twitter di mana sebanyak 16 negara majoriti Islam, diketuai oleh Arab Saudi, membentang pencalonan ke UNESCO.
๐ด BREAKING
New inscription on the #IntangibleHeritage list: Arabic calligraphy: knowledge, skills and practices.
Congratulations ๐ธ๐ฆ – ๐ฉ๐ฟ – ๐ง๐ญ – ๐ช๐ฌ – ๐ฎ๐ถ – ๐ฏ๐ด – ๐ฐ๐ผ – ๐ฑ๐ง – ๐ฒ๐ท – ๐ฒ๐ฆ – ๐ด๐ฒ – ๐ต๐ธ – ๐ธ๐ฉ – ๐น๐ณ – ๐ฆ๐ช – ๐พ๐ช! ๐
โน๏ธ https://t.co/Gth22Prdqm #LivingHeritage pic.twitter.com/jayJ86Tnfk
— UNESCO ๐๏ธ #Education #Sciences #Culture ๐บ๐ณ๐ท (@UNESCO) December 14, 2021
“Khat Arab merupakan satu amalan seni penulisan dengan cara lancar untuk melambangkan keharmonian, keanggunan serta keindahan”.
“Walaupun hanya dengan satu perkataan, skrip Arab menawarkan kemungkinan yang tidak terhingga, kerana ia boleh diregangkan dan diubah dalam pelbagai cara bagi mencapai motif yang berbeza,” menuru pertubuhan tersebut.
Sementara itu, Menteri Kebudayaan Arab Saudi, Putera Badr Abdullah Farhan Al-Saud mengalu-alukan keputusan itu dan berkata ia akan “menyumbang kepada pembangunan warisan budaya ini”.
Abdelmajid Mahboub dari Persatuan Pemeliharaan Warisan Arab Saudi, yang terbabit dalam cadangan itu, berkata kaligrafi itu “selalu berkhidmat sebagai simbol dunia Arab-Muslim”.
Namun, ketika ini, disebabkan kemajuan teknologi, masyarakat kelihatan kurang menulis dengan tangan, malah jumlah artis kaligrafi Arab menurun dengan mendadak,” katanya.
“Penyenaraian UNESCO itu “sudah tentu akan memberi kesan positif” dalam memelihara tulisan tradisi itu,” katanya.
Menurut laman web UNESCO, warisan budaya tidak ketara “adalah faktor penting dalam mengekalkan kepelbagaian budaya dalam menghadapi globalisasi yang semakin meningkat”.
Kepentingannya “bukan manifestasi budaya itu sendiri tetapi kekayaan pengetahuan dan kemahiran yang dihantar melaluinya dari satu generasi ke generasi berikutnya”.
– AGENSI