InspirasiSemasa

Pelantikan hakim wanita Muslim pertama AS disambut baik

NEW YORK: Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia di Amerika Syarikat (AS) menyambut baik pelantikan Nusrat Jahan Choudhury sebagai Hakim Persekutuan di New York.

Berita pelantikan wanita Muslim pertama warga AS berketurunan Bangladesh itu disifatkan pencapaian penting bagi komuniti Muslim di sana.

Senat AS mengundi untuk mengesahkan pelantikan Choudhury pada Khamis dan beliau akan bertugas sebagai hakim persekutuan bagi Mahkamah Daerah AS untuk Wilayah Timur New York.

“Hari ini merupakan hari yang sudah lama dinantikan untuk mengangkat Choudhury ke peringkat persekutuan“.

“Beliau mendedikasikan kariernya untuk memastikan semua orang mendapat keadilan menerusi sistem perundangan kita,” kata Omar Farah, pengarah eksekutif kumpulan Muslim Advocacy yang berpangkalan di AS”.

“Pelantikan beliau hari ini bermakna seseorang yang telah berkhidmat dalam lapangan perjuangan hak asasi manusia dan berhadapan pelbagai halangan keadilan dalam komuniti, akan membuat keputusan penting sebagai seorang hakim persekutuan“.

Nama Choudhury dicalonkan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden pada Januari 2022 dan sejumlah kumpulan keadilan sosial, hak asasi manusia dan hak Muslim menyokong pencalonan itu.

Pelantikan Choudhury juga dianggap penting bagi perwakilan Muslim dalam sistem perundangan AS kerana komuniti itu ada ketikanya mengalami diskriminasi dan penyalahgunaan hak asasi manusia dalam sistem perundangan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button