DomestikSemasa

Sarawak Peruntuk RM600 Juta Bagi Pendidikan Tinggi Percuma Mulai 2026

Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan hampir RM600 juta bagi menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada pelajar negeri ini bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, berkata inisiatif itu terhad kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di empat institusi milik kerajaan negeri melibatkan 64 kursus ditawarkan.

“Walaupun Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, tidak pernah berjanji memberi pendidikan tinggi percuma dalam mana-mana pilihan raya, ia tetap dilaksanakan atas keprihatinan demi kepentingan pendidikan anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Outreach Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak peringkat Zon Tengah di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Empat institusi pengajian tinggi terlibat ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS.

Langkah ini dijangka meringankan beban kewangan keluarga di Sarawak serta meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi di negeri itu.

Related Articles

Back to top button