DuniaEkonomiSemasa

India hadkan eksport gula bagi mengawal inflasi

NEW DELHI : Bagi melindungi bekalan serta mengawal inflasi, India mengumumkan sudah menghadkan eksport gula, beberapa hari selepas menyekat eksport gandum yang menyebabkan harga global melonjak susulan perang di Ukraine.

Pengeksport nombor dua selepas Brazil dan pengeluar gula terbesar dunia itu menjelaskan penghantaran bagi tahun pemasaran semasa sehingga September dihadkan kepada 10 juta tan sahaja.

Kementerian Makanan India dalam kenyataan berkata, ia bertujuan untuk memastikan kestabilan harga sepanjang musim gula dan menjamin bekalan domestik.

Tambahnya lagi, rekod eksport gula dijangka mencapai rekod tertinggi tahun ini, dengan kira-kira sembilan juta tan kontrak sudah ditandatangani dan 7.8 juta tan sudah dihantar.

Cuaca panas yang menjejaskan tuaian, India mengharamkan sebarang eksport gandum baharu bermula pertengahan Mei tanpa kelulusan kerajaan.

Langkah yang diambil itu mencetuskan lonjakan harga makanan global walaupun India adalah peserta kecil dalam pasaran global, sejak Russia menceroboh  ke atas kuasa pertanian Ukraine Februari lalu, ia merupakan negara yang menyumbang 12 peratus daripada eksport global.

Keputusan itu memberi kesan kebimbangan kepada usaha perlindungan yang semakin meningkat berikutan konflik itu.

Ratusan ribu tan gandum terkandas dan ribuan trak berbaris panjang bagi menunggu untuk bekalan dipunggah di pelabuhan utama barat India apabila perintah larangan eksport dikeluarkan.

Permintaan gandum yang dipersetujui oleh kerajaan kepada kerajaan (G2G) dari negara lain yang bergelut dengan kenaikan harga yang tinggi akan dibenarkan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button