Warga emas sebagai tukang mesin rumput untuk sara keluarga
AMPANG : Seorang warga emas, Osman bin Abdul Shukur, 62, mengambil upah mesin rumput dari rumah ke rumah bagi melangsungkan kehidupan dia dan keluarga.
Pada umur begitu, sepatutnya beliau sudah berehat di rumah selepas berpuluh tahun bekerja, tetapi Osman terus tabah menggunakan tenaganya bagi menjamin keselesaan anak dan isterinya.
Hidup semakin sukar apabila Osman dan isteri menghidapi penyakit kencing manis yang memerlukan kos ubatan antara RM500-RM1200.
“Satu hari saya dapat upah RM30 sahaja, ia bergantung permintaan orang untuk mesin rumput,” katanya.
Bebannya ditambah apabila memikirkan bayaran bulanan untuk rumah sewa dan bil api. Namun, Osman tetap kental mencari sumber pendapatan dan tidak mengharapkan sesiapa.
Kehadiran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menghulurkan bantuan kotak makanan kepada keluarganya telah meringankan beban Osman dan keluarga.
Dalam pada itu, menurut Tuan Siddiq, Pegawai Task Force MAPIM,
“Nasib pelarian ini sudah terbiasa dengan nasib hidup mereka. Selagi boleh cari wang mereka akan keluar cari kerja yang boleh membantu keluarga mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka sudah terbiasa hidup susah, dan kita di MAPIM datang bagi meringankan beban mereka. Ini adalah tanda bahawa MAPIM sentiasa membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, tanpa mengira bangsa dan agama.”
Dalam pada itu, pasukan Task Force MAPIM Malaysia sentiasa bersedia 24 jam bagi menghantar bantuan kecemasan sekiranyanya diperlukan.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM
AYUHKITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038