KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Taman Melati di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur pada Khamis.
Turut berangkat, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
Majlis perasmian Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati ini juga adalah bersempena dengan ulang tahun hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang ke-63 pada hari Sabtu ini.
Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati merupakan pusat hemodialisis yang ke-4 yang telah ditubuhkan oleh YASA dan pusat hemodialisis YASA yang pertama ditempatkan di perkarangan sebuah masjid.
Ianya atas kerjasama antara YASA, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) & Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta syarikat-syarikat swasta dan para dermawan yang telah menghulurkan bantuan serta sumbangan bagi menjayakan penubuhannya.
Usai perasmian, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan 12 pesakit terdiri daripada 3 wanita dan 9 lelaki yang sedang menjalani rawatan hemodialisis di pusat berkenaan.
Al-Sultan Abdullah mendoakan agar pesakit yang sedang menjalani rawatan hemodialisis diberikan kekuatan dan kesabaran kerana ia bukanlah kehidupan yang mudah, malah penuh cabaran, risiko serta komplikasi kesihatan.
Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, mengawal pemakanan harian serta mengelakkan produk-produk yang boleh memudaratkan buah pinggang.
Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati, pusat hemodialisis ke-4 ditubuhkan YASA dan pusat hemodialisis YASA yang pertama ditempatkan di pekarangan sebuah masjid, beroperasi pada Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang dengan 12 mesin dialisis.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan. Ramai dikalangan kita sedang dibebani dengan pelbagai ujian & masalah kesihatan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi:
Laman web
www.bantuummah.com
atau terus ke Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038