Program Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) dengan usahasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendapat sambutan diluar jangkaan apabila program ini dihadiri oleh penduduk seawal 8.30 pagi lagi.
Seorang pesara dan orang kelainan upaya (OKU), Gunadass, 62, yang turut sama-sama meluangkan masa hadir ke Mobile Clinic biarpun terpaksa berkerusi roda.
Menurut beliau, dia terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kakinya putus dan mendapat kecacatan kekal.
“Saya telibat dalam kemalangan pada tahun 2018, dan sehingga kini saya tidak boleh berjalan dan bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak kemana-mana.
“ Saya sebenarnya tidak tahu, ada pemeriksaan kesihatan percuma, ini pun sebab jiran sebelah rumah yang memaklumkan kepada saya,”katanya.
Tambahnya lagi, program mobile clinic ini sangat memberi manfaat kepada penduduk seperti beliau, yang tidak perlu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.