Israel mahu 4 negara jadi perantara perjanjian pertukaran tahanan – Hamas
RAMALLAH : Israel mahu Turki, Jerman, Mesir dan Qatar menjadi perantara mengenai perjanjian pertukaran tahanan yang akan dimeterai dengan Palestin, kata wakil ketua kumpulan pejuang Palestin, Hamas.
Saleh al-Arouri memberitahu TV Al-Aqsa yang beroperasi di bawah Hamas bahawa “Israel mahu keempat-empat negara tersebut terlibat dalam perjanjian pertukaran. Tetapi mereka tidak akan memberikan apa-apa kepada penghuni.”
Beliau menyatakan bahawa perjanjian itu hanya memberi garis panduan kepada orang tengah dan kesepakatan itu adalah satu-satunya jalan bagi tahanan untuk bebas, terutama mereka yang dijatuhkan hukuman mati.
Berikutan enam tahanan Palestin yang ditangkap semula setelah melarikan diri dari penjara Gilboa di Israel, Arouri mengatakan: “kejadian tahanan berjaya lari dari penjara tersebut memberikan perspektif buruk terhadap komuniti Zionis.
Enam orang Palestin memberi tamparan hebat kepada Israel dan mengingatkan masyarakat Palestin bahawa mereka adalah tahanan yang harus membebaskan diri.”
Seorang anggota Biro Politik Hamas, Zaher Jabarin mengatakan, 22 September merupakan tarikh mereka menawarkan kepada negara-negara yang menjadi perantara antara Palestin dan İsrael mengenai pertukaran tahanan tetapi setakat ini tidak mendapat sambutan.
Sebelum ini, enam tahanan Palestin berjaya loloskan diri dari penjara Gilboa pada 6 September namun Zakaria Zubeidi, Mahmoud al-Arida, Yakub Qaderi, dan Mohammad al-Arida ditangkap semula oleh rejim Israel.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar
_________________________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia