DuniaPalestinSemasa

Rakyat Palestin maut ditikam penceroboh Israel

TEBING BARAT : Seorang lelaki Palestin meninggal dunia selepas ditikam oleh seorang penceroboh Israel, menurut laporan kementerian kesihatan Palestin.

Mangsa dikenali sebagai Ali Hassan Harb, 27, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Martyr Yasser Arafat di Salfit di Tebing Barat yang diduduki.

Bapa saudara mangsa, Naim Harb, yang berada di tempat kejadian memberitahu Middle East Eye bahawa mereka menerima panggilan bahawa sekumpulan penceroboh Israel merosakkan tanah mereka mereka bersebelahan dengan penempatan Israel, Ariel.

Zionis Israel itu beredar apabila melihat mereka menghampiri tetapi kembali beberapa saat kemudian diiringi anggota keselamatan penempatan itu, yang mula menembak ke udara. Seorang askar Israel juga tiba bersama mereka.

“Konfrontasi adalah kecil. Kami cuba menjaga jarak dan tidak terlalu dekat dengan mereka. Kami cuba melindungi diri.”

Penceroboh Israel kemudian meneruskan serangan mereka, menyerang lelaki Palestin sebelum tiba-tiba salah seorang dari mereka mendekati Ali dan menikamnya di dada.

Naim mengesahkan bahawa tentera Israel menahan Ali selama kira-kira setengah jam dan menghalang keluarga daripada menghantarnya ke hospital, yang membawa kepada kematiannya.

“Semua yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab tentera Israel dan keselamatan penempatan, yang melihat serangan Zionis dan tidak berupaya untuk menghalang mereka,” katanya kepada MEE.

“Israel adalah satu jentera pembunuh yang ditujukan kepada kami rakyat Palestin.”

Kebun pokok zaitun keluarga Harb, sebahagian daripadanya dirampas, bersebelahan dengan pagar penempatan Ariel. Naim menegaskan bahawa mereka sekeluarga telah mengusahakan tanah tersebut selama bertahun-tahun dan masih mengusahakannya sebagai sumber pendapatan utama mereka.

“Ini adalah tanah yang kami warisi dari bapa kepada datuk. Kami berkhidmat dan menjaganya sentiasa dan mempertahankannya, dan kehadiran kami di dalamnya hari ini adalah milik tanah ini.”

Beliau menegaskan bahawa tindakan Zionis itu merupakan mengancam keselamatan penduduk Palestin Iskaka: “Apa yang kami harapkan hari ini ialah kami bersatu sebagai rakyat Palestin menentang pendudukan Israel dan berdiri dengan penentangan dan menghadapi penceroboh yang menumpahkan darah kami.”


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button