PalestinSemasa

Denmark Sertai Seruan Global Desak Israel Henti Projek Penempatan Haram E1

Denmark menyertai 20 negara lain dan Suruhanjaya Eropah dalam memeterai deklarasi bersama antarabangsa bagi menentang rancangan pengembangan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa menyelar keputusan kerajaan Israel menerbitkan tender pembinaan bagi projek ‘E1’ dan menyifatkan langkah berkenaan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima. Para penandatangan memberi amaran bahawa projek E1 berisiko memecahkan kesinambungan wilayah Palestin serta merosakkan prospek penyelesaian dua negara secara menyeluruh.

Deklarasi tersebut turut menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB melarang penempatan haram Israel di Tebing Barat. Selain itu, mereka melahirkan kebimbangan mendalam berhubung peningkatan keganasan oleh peneroka haram terhadap awam serta sekatan ekonomi yang menghimpit rakyat Palestin.

Susulan penentangan tersebut, perikatan antarabangsa ini mendesak Israel membatalkan rancangan berkenaan dan menamatkan perluasan penempatan haram. Mereka juga menyeru syarikat perniagaan agar tidak mengambil bahagian dalam bidaan pembinaan bagi mengelakkan implikasi undang-undang serta risiko reputasi akibat terlibat dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Sumber: Agensi Anadolu (AA) / TRT World

Related Articles

Back to top button