PalestinSemasa

Pelapor PBB Kecam Rang Undang-Undang ‘Antisemitisme’ Baharu di Itali

Pelapor Khas PBB mengenai Palestin, Francesca Albanese, mengecam rang undang-undang antisemitisme baharu yang sedang dipertimbangkan di Parlimen Itali sambil mengkritik usaha yang disifatkannya sebagai “Israelisasi” merentasi institusi politik dan sosial negara itu.

Menerusi satu kenyataan di platform X, Albanese mepersoalkan keperluan mewajibkan pengajaran budaya Israel di Itali. Beliau menyeru rakyat Itali agar menentang draf undang-undang berkenaan yang dianggapnya sebagai satu persiangan dan manifestasi “rasa malu”.

Butiran Rang Undang-Undang DDL 1004

  • Pengenalan RUU: Rang undang-undang yang dikenali sebagai DDL 1004 ini diperkenalkan oleh parti berhaluan kanan, League (Liga), yang merupakan rakan gabungan dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Giorgia Meloni.

  • Penggunaan Definisi IHRA: RUU ini akan mendedahkan penggunaan kriteria International Holocaust Remembrance Alliance (IHRA) bagi mentakrifkan antisemitisme. Setelah diluluskan oleh Senat pada Mac lalu, ia kini menantikan kelulusan akhir di Dewan Perwakilan (House of Deputies).

  • Bantahan Awam: Beratus-ratus penunjuk perasaan telah berhimpun di Milan bagi membantah draf undang-undang tersebut. Mereka melaungkan slogan menyokong Palestin serta menegaskan bahawa tindakan mengkritik dasar negara Israel tidak sepatutnya disamakan dengan sikap antisemitisme.

SUMBER: Agensi Anadolu

Related Articles

Back to top button