PalestinSemasa

Sepuluh rakyat Palestin cedera akibat serangan di Nablus

NABLUS: Sekurang-kurangnya sepuluh rakyat Palestin cedera dalam serangan pelampau israel ke atas perkampungan Jaloud, berhampiran bandar Nablus Tebing Barat yang dijajah, menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Bashar Qaryouti, seorang aktivis tempatan, memberitahu media tempatan bahawa berpuluh-puluh pelampau israel menyerang rumah Palestin, mencederakan tiga rakyat Palestin dengan peluru keluli bersalut getah. Tujuh lagi mengalami kecederaan selepas pelampau itu membaling batu ke arah mereka.

Kenderaan milik warga Palestin yang diserang
Kredit Foto Twitter Times of Gaza

Beliau juga menyatakan bahawa berpuluh-puluh, termasuk kanak-kanak, mengalami sesak nafas akibat terhidu gas toksik yang dilepaskan oleh pelampau israel.

Pelampau israel juga menyerang beberapa kenderaan milik Palestin dan menutup jalan yang menghubungkan bandar-bandar ketika tentera bersenjata israel menyerbu kampung di selatan bandar Jenin, Tebing Barat yang dijajah.

Menurut sumber tempatan, sekumpulan pelampu israel, di bawah perlindungan tentera israel, menyerang kenderaan milik Palestin berhampiran perkampungan Ya’bad, selatan Jenin, dan menutup jalan utama yang menghubungkan Jenin, Tulkarm dan Ya’bad.

Tentera israel kerap melakukan serbuan ganas di Tebing Barat yang dijajah, sejak perang 1967 lagi.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button